Post B1Un0Hnt2a0HTJFsS8 by faizalr@mstdn.social
 (DIR) More posts by faizalr@mstdn.social
 (DIR) Post #B1Un0Hnt2a0HTJFsS8 by faizalr@mstdn.social
       2025-12-21T21:50:09Z
       
       1 likes, 0 repeats
       
       Seterusnya Allah memuji orang sebegini; iaitu yang menuruti perintah Allah dalam menghadapi musibah. Sememangnya dunia ini adalah tempat ujian jadi kita harus menghadapi dan mengurus setiap ujian dengan kalimah istirja' dan seterusnya bersabar atasnya. Orang sebegini dipuji Allah sebagai golongan yang mendapat petunjuk. Dari ilmu yang didapati dalam Al Quran, dia mengamalkannya sepenuh hati. Amalan dengan panduan Ilahi itulah yang terbaik.#tadabbur #alQuran #alBaqarah157